Saturday, May 22, 2010

Permata Hati

Kemelut yang melanda masyarakat dunia sekarang ini ialah masalah pembuangan bayi yang berleluasa..., salah siapakah yang menyebabkan masalah ini berlaku? Adakah salah anak kecil yang yang tidak mengerti apa-apa, yang belum sempat menghirup udara di dunia ini, tetapi telah diragut dan direntap nyawanya dengan rakus sekali...,siapakah yang punya angkara yang sebenarnya...,sungguh durjana manusia itu kerana ia lebih kejam daripada binatang yang tidak mempunyai akal fikiran..., Subhanallah apalah salah nasib anak kecil itu sehingga diperlakukan seperti itu..., tidak layakkah mereka untuk hidup di dunia ini sehingga diperlakukan sebegitu, ditinggalkan di hutan belukar menjadi makanan binatang buas, dibakar hidup-hidup..., Subhanallah sungguh kejam manusia itu, demi menjaga maruah diri, sehingga sanggup memperlakukan tindakan yang lebih kejam daripada binatang, sebelum melakukan sesuatu hubungan terutamanya yang tidak dihalalkan tidak fikir kesannya, tapi apa yang mereka fikirkan nafsu buas mengalahkan binatang...,subhanallah apa nak jadi dengan umat manusia sekarang ini, kerana mereka lebih jahil daripada masyarakat jahiliah pada zaman sebelum kedatangan islam dahulu. Auzubillahiminzalik semoga dijauhkan dengan perbuatan keji itu.
RENUNG2KANLAH semoga kita dijauhi daripada kemaksiatan dan penzinaan..., sesungguhnya kedua2nya adalah dosa besar.

Thursday, May 20, 2010

MUNAJAT CINTA


Telah lama aku mencari jawapan terhadap "cinta". apakah erti cinta yang sebernarnya? Adakah perasaan cinta hanya lahir kepada dua individu yang berlainan jantina, yakni penyatuan dua jiwa untuk menyatukan jiwa2 yang saling memerlukan satu sama lain. Jika itu jawapannya memang tidak sesekali ku menyesali ku nafikan perasaan cinta yang lahir dalam diri ini.

Memang dulu aku menganggap cinta itu dusta dan palsu, yang boleh merosak dan menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan iaitu kemaksiatan. Oleh itu, aku menafikan kata2 cinta itu kerna bagiku tiada istilah cinta sebelum kawin. Mengapa perlu bercinta sebelum berkawin jika ianya belum pasti akan memiliki jiwa2 tersebut.

Tetapi kini aku mula sedari, mengapa perlu memusuhi perasaan yang lahir suci dari sanubari kerana itu semua fitrah manusia yang mempunyai perasaan kasih dan sayang, saling bertaut antara sama lain ibarat bunga dengan kuntumnya yang apabila terpisah kedua-duanya, hilanglah arah tujuan, layulah ia, hancur musnah segala kekuatan.

Jika itulah ertinya sebuah cinta itu maka, peliharalah ia jangan disakiti perasaan itu, kerna kelak pabila kita gagal memelihara perasaan tersebut sering kali kita akan menyalahkannya, sedangkan kita yang menentukan segala-galanya. Arah mana kita mahu mengemudi bahtera kebahagiaan cinta kita itu terletak pada nahodanya sendiri, jika ke hulu arahnya maka kehulu lah perginya dan begitulah seterusnya. Siapakah nahoda itu maka tepuklah dada tanya batin sendiri?

Tertarik dengan petikan kata2 oleh Dr. HM TUAH yang berbunyi "Manusia normal adalah manusia yang mahu dicintai dan mencintai. Manusia yang tidak inginkan cinta adalah manusia yang mempunyai kecacatan naluri". Perasaan dicintai dan mencintai itu bukan sekadar perasaan yang lahir daripada dua individu yang berbeza jantina tetapi perasaan cinta itu bersifat univesal kerana setiap orang mempunyai cara dan perasaan yang tersendiri. Perasaan ini boleh dilahirkan kepada pencipta seluruh alam ini iaitu ALLAH S.W.T, kepada ibu bapa yang melahir dan mendidik kita, kepada kawan2, guru, alam sekitar, haiwan dan sebagainya. Maka sungguh mustahir bagi kita jika kita mengatakan kita tidak mempunyai sebarang perasaan cinta dan sayang kerana walau bagaimanapun keadaannya kita tetap ingin memiliki sesuatu yang kita cintai.

Kini aku mulai faham apakah erti sebenarnya dua suku kata ini iaitu "cinta". Dan janganlah pula kita salah meletakkan dan melafazkan perkataan cinta itu bukan pada tempatnya kerana jika kita tersalah kelak kita juga yang merana. Serahkanlah erti cinta itu pada yang sepatutnya dan jangan dinodari kesucian cinta tersebut.