Saturday, April 23, 2011

KAU DAN AKU ADALAH SATU







Hai.......,sekian lama tak mengintai ruangan blog ni, tambahan pula untuk menjamahnya..., setelah sekian kalinya, maka hari ini adalah hari yang mungkin bertuah dan penuh bermakna kerana berpeluang untuk menatap dan mengisi kekosongan dalam blog ini, adakah ia juga untuk terakhir kalinya saya berpeluang untuk menulis sedikit rasa, mana tahukan wallah wa'alam.....,hidup itu pasti dan mati itu juga pasti.

Kita merancang untuk hidup, tapi rasanya kita tidak pernah merancang untuk mati. Mungkin kadang kala kita merasakan merancang itu seolah-olah ingin menamatkan riwayat hidup dengan cara yang tidak sepatutnya, tetapi bagi saya ungkapan tersebut mungkin boleh diperbetulkan kerana merancang bukan untuk membunuh diri semata tetapi merancang juga adalah untuk kita lebih bersedia menghadapi saat sakaratul maut. Setiap orang tidak dapat menduga bila saat tersebut akan tiba, tetapi tidak salah jika kita sering mengingatinya malah ia amat digalakkan supaya kita sama-sama mendapat kesedaran dan keinsafan dalam diri.

Walaupun sudah 23 tahun saya berpeluang menghirup udara di dunia ini, rasanya masih banyak perkara penting yang belum saya laksanakan. Masih belum ada kejayaan yang mampu saya banggakan di atas dunia ini. Kata orang "belajar dari kegagalan sebelum mengecapi kejayaan", benarkah? Tapi bagaimana kalau kegagalan demi kegagalan yang kita tempa di dunia ini? Perlukah kita mengecapi kejayaan dan untuk apakah kejayaan tersebut? Kadang kala kita terlalu merancang untuk berjaya di dunia ini, tetapi kita alpa dan lupa di sebalik perancangan tersebut ada yang lebih berkuasa yang menentukan segalanya. Sehebat mana perancangan kita itu tidak mampu menolak ketentuan yang ESA. Haruskah perlu malu dengan kegagalan tersebut, kerana mungkin hanya itu kemampuan yang kita ada. Tapi pernahkah kita merasa malu untuk menghadap yang maha ESA tanpa ada bekalan yang secukupnya. Berjayakah kita di dunia ini jika kita gagal di akhirat kelak.

Hidup penuh dengan liku dan cabaran. Kadangkala hidup ini membuat kita bahagia, gembira, bangga, sedih, kecewa, putus asa dan sebagainya. Seolah-olah seribu satu rasa kita rasakan. Pernahkah kita terpikir segala perasaan tersebut apakah petandanya. Dengan keseronokan di dunia yang fana ini, akan turut berbahagiakah di alam yang satu lagi. Jika itulah pertandanya maka berbahagialah. Tapi tahukah kita setiap panorama yang memukau mata dan membahagiakan itu, adalah racun yang berbisa di akhirat kelak. Kebahagiaan duniawi itu hanya tipu muslihat semata-mata.

Sedar atau tidak, setiap kali kita berada dalam keadaan yang amat bahagia itu, berapa kerap kita mengucapkan syukur padaNYA tapi apabila kita berada dalam kesusahan setiap detik, setiap saat tiada yang mampu kita lakukan melainkan mengingati dan merintih padaNYA. Tetapi pernahkah kita bersyukur di sebalik kesusahan itu kerana kita diberi peluang untuk sentiasa mengingatinya dan kemungkinan disaat tersebut amal ibadah kita turut bertambah. Alhamdulillah, bersyukur kepada yang terpikir sedemikan.

Sedarlah wahai diri dan rakan-rakan, hidup ini hanya sekali. Usah terlalu mengharap dengan kejayaan duniawi tetapi mengabaikan yang lebih hakiki, pada yang gagal jangan bimbang berdoalah semoga martabat kita diangkat diakhirat kelak. Jika berjaya di dunia jangan sesekali lupa kepada sang pencipta yang lebih tahu dari segalanya. Moga kita menjadi hamba yang bertaqwa dan berjaya di dunia dan akhirat. aminnnnn:-)

Semoga kita bertemu lagi di lain waktu, dan jika tidak di dunia ni lagi mudah-mudahan di alam yang satu lagi yang lebih hakiki.

Monday, November 1, 2010

Mencari Cinta Ilahi, Menggapai Syurga Hakiki


PENDAHULUAN:

Cinta tertinggi ialah kepada Allah iaitu dengan berjihad ke jalan Allah. Kerana zat yang tertinggi telah diyakini, yang maha sempurna, maha agung, dan maha indah iaitu hanya Allah s.w.t. Tidak ada satu pun yang memiliki kesempurnaan seperti Allah dan dapat memberi kebahagiaan,ketenangan dalam diri manusia. Semua manusia mengharapkan syurga yang telah Allah janjikan kepada manusia yang beriman kepadaNya. Allah s.w.t membuka banyak pintu untuk membantu manusia memperoleh jalan ke surgaNya yang hakiki.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., rasulullah s.a.w. berkata kepadanya:

Wahai Abu Said! Siapa yang meredai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai nabi, maka wajiblah baginya syurga.”[1] (Riwayat Muslim)

Oleh itu, persoalan utama disini ialah untuk kita mendapatkan jalan menuju ke syurga adalah dengan mencari cinta Allah s.w.t yang amat kita dambakan. Bagaimanakah untuk kita mendapatkan cinta Allah sebagaimana kecintaan sahabat-sahabat di zaman Rasulullah? Persoalan ini akan dikupas selanjutnya melalui beberapa hadis dan ayat al-Qur’an yang bersesuaian.

DEFINISI:

Tidak akan tergelincir kedua kaki anak Adam pada hari kiamat nanti melainkan dia akan ditanya dengan lima soalan; mengenai umurnya ke mana dihabiskan; masa mudanya bagaimana dipergunakan; hartanya dari mana diperoleh dan ke mana pula dibelanjakannya; dan ilmunya apakah ia diamalkan.” (Hadis riwayat Tirmizi, Tabrani dan Ibnu Asakir)”.

Bagaimana ingin kita jawab apabila soalan ini ditanya di akhirat nanti? Adakah kita mampu memberikan jawapan dengan mudah ataupun kaku tiada jawapan?

Kehidupan masa kini, dugaan dalam cinta merupakan ujian yang berat bagi manusia yang berkasih sayang. Namun bukan ingin menterjemahkan cinta kepada manusia, tetapi untuk mencari cinta Illahi, manusia juga akan diuji dengan pelbagai dugaan. Ujian ini berupa kenikmatan dunia yang sementara bertujuan untuk mengukur keikhlasan dan tahap kecintaan kepadaNya.

Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk mendapatkan cinta Illahi bagi membolehkan kita menggapai syurga yang hakiki adalah melalui khusyuk dalam solat, zikrullah, dan mencintai kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

A)Khusyuk dalam solat

“Dan laksanakanlah salat pada kedua ujung siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapuskan kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat (Allah).” (Surah Hud: Ayat 114)

Ayat dari petikan surah Hud ini menyatakan kepentingan solat dan faedahnya iaitu dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan kepada Allah s.w.t. Solat merupakan waktu peribadi seseorang bertemu janji atau mendekatkan diri kepada Allah dengan cara beristiqamah kepada-Nya, memohon keampunan dan keredhaanNya.Dari segi psikologi, apabila khusyuk dalam solat, seseorang yang merasai kenikmatan dalam solatnya akan merasai ketenangan walaupun dibelenggu dengan pelbagai masalah. Secara tidak langsung, ia menambahkan keyakinannya bahawa setiap sesuatu itu ada hikmah disebaliknya. Kekuatan hati dan jiwa yang percaya kepada Qada dan Qadar yang ditetapkan Allah akan menyebabkan benih kasih sayang bercambah kepada Illahi.

B)Zikrullah

Daripada Anas bin Malik r.a, nabi s.a.w bersabda:“Apabila kamu melalui taman syurga, maka ragutlah(perbanyakkanlah zikir untuk mendapatkan ganjaran).” Para sahabat bertanya:“apakah dia taman syurga?” Baginda menjawab:“ Kelompok-kelompok orang berzikir” (Riwayat Al Tarmizi)

Zikrullah bermaksud hati yang sentiasa tunduk dan patuh kepadaNya samada secara perbuatan, menzahirkan dengan kata-kata, memendamkan didalam hati.Malah melalui ayat ini telah dijelaskan oleh Rasulullah bahawa berzikir itu sangat dituntut untuk memperoleh ganjaran pahala.Sentiasa berzikir didalam hati dapat mengelak melakukan perkara-perkara yang dilarang iaitu dengan mengingati dan takut pada balasan Allah s.w.t kerana bimbang mendapat kemurkaan Allah s.w.t. Malah setiap detik seluruh alam tidak kira manusia, tumbuhan dan haiwan turut berselawat patuh kepadaNya. Zikir-zikir memuji nama Allah yang mempunyai setiap maksud yang agung dan sempurna merupakan salah satu lafaz kesyukuran diatas kenikmatan yang diperolehi.


C)Mencintai kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w

Daripana Anas bin Malik r.a beserta Rasulullah s.a.w “ tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain, sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah(dan bukan kerana suatu tujuan duniawi), dan ia yang membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya(daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan kedalam api”[2] (Riwayat muslim)

Nabi Muhammad s.a.w merupakan manusia teragung, dan dikasihi oleh Allah s.w.t. Ini bermakna mengasihi baginda iaitu dengan mengingati, merinduinya serta mengamalkan segala sunnahnya, kita akan sentiasa dikasihi oleh Allah s.w.t. Teorinya, apabila kita mengasihi atau menyukai sesuatu yang disukai oleh seseorang itu maka mudah bagi seseorang itu untuk menerima kita. Begitu juga apabila kita mengasihi sesuatu yang dikasihi olehNya, maka sudah tentulah Allah juga akan menerima amalan dan kasih sayang kita. Syafaat Rasulullah s.a.w dengan izin Allah s.w.t dapat membantu manusia di akhirat kelak. Oleh itu, kita seharusnya berlumba-lumba untuk mendapatkan syafaat baginda seperti membaca doa setelah azan, membaca selawat keatas baginda, banyakkan sujud yang bermaksud memperbanyakkan mengerjakan solat dan sebagainya. Kita juga seharusnya menjadikan baginda idola dalam kehidupan hari ini untuk menjadi lebih baik dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Manakala di dalam surah Ali Imran dibawah turut menyatakan dengan jelas bahawa “Allah akan menyintai dan mengampuni dosa” bagi orang-orang yang mengikuti Rasulullah

“Katakanlah ( wahai Muhammad), ‘Jika kamu (benar-benar) menyintai ALLAH, ikutilah aku, nescaya ALLAH menyintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Surah Ali ‘Imran ayat 31 )

KUPASAN HADITH SAHIH:

Dari Abi Hurayrah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman: Barangsiapa yang menyakiti waliKu maka sesungguhnya Aku memaklumkan perang kepadanya. Dan tiada mendekati hambaKu kepadaKu dengan suatu “pekerjaan” yang lebih Aku sukai dari “mengerjakan” apa yang Aku telah fardhukan keatasnya, Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan “melakukan” segala yang sunat hingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya adalah aku yang “menjadi” pendengarannya yang ia dengar dengan dia, dan penglihatannya yang ia melihat dengan dia, dan tangannya yang ia tamparkan dengan dia, dan kakinya yang ia berjalan dengan dia; dan demi jika ia meminta kepadaKu, nescaya Aku berikan kepada dia; dan demi jika ia meminta perlindungan kepadaKu, nescaya Aku memperlindungi dia.[3] (Diriwayatkan oleh Bukhari)

Hadith ini dinyatakan sebagai hadith Qudsi yang menerangkan mengenai penilaian amalan seseorang yang boleh mendatangkan kecintaan Allah s.w.t. kepadanya. Amalan fardhu dan sunnat yang mampu mengeratkan hubunganNya dan hambaNya. Usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah amalan yang sangat utama.

Apabila seseorang telah membersihkan dirinya hanya untuk mendapatkan cinta Illahi, maka cinta tersebut akan menjadikan hidupnya terkawal dan terpimpin dengan berkat dan keselamatan. Dalam hadith ini telah dijelaskan bahawa:

“apabila Aku telah mencintainya adalah aku yang “menjadi” pendengarannya yang ia dengar dengan dia, dan penglihatannya yang ia melihat dengan dia, dan tangannya yang ia tamparkan dengan dia, dan kakinya yang ia berjalan dengan dia; dan demi jika ia meminta kepadaKu, nescaya Aku berikan kepada dia; dan demi jika ia meminta perlindungan kepadaKu, nescaya Aku memperlindungi dia.”

InsyaAllah apabila cinta Illahi itu dapat kita gapai, maka Dia akan membuka jalan ke syurga yang hakiki.

KISAH TELADAN:

RABI’ATUL ADAWIYAH

Beliau dilahirkan sekitar awal kurun kedua hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Merupakan anak bongsu daripada empat beradik dan dinamakan Rabiah yang bermaksud nombor empat.

Seorang yang warak dan zuhud sehinggakan mendapat taraf wali Allah. Mencintai Allah dan Rasulnya sepenuh jiwa dan raganya sehingga menolak cinta manusia kerana takut cintaNYA kepada Allah akan berkurangan. Rasa kecintaan tersebut dibuktikan selama 80 tahun kehidupannya, Rabi’ah sentiasa berzikir kepada Allah, anggota tubuhnya kurus kerana malamnya penuh dengan tahajjud dan munajad, siangnya penuh dengan puasa, majlis ilmu dan hikmah.

Rabi'atul-adawiyyah sentiasa menangis kerana Allah. Orang bertanya kepadanya sebab beliau menangis. Beliau menjawab, "Aku takut berpisah walau sedetik pun dengan Tuhan dan tidak boleh hidup tanpa Dia. Aku takut Tuhan akan berkata kepadaku tatkala menghembuskan nafas terakhir - jauhkan dia dariKu kerana dia tidak layak berada di majlisKu."


Kecintaan Sumayyah dan keluarga kepada Agama:

Seorang yatim piatu dan merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy. Walaupun beliau hanya hamba yang berkulit hitam namun perwatakan yang baik dan taat pada perintah tuhannya menjadikan beliau seorang yang disegani. Antara individu terawal yang memeluk agama Islam dan wanita pertama Islam yang gugur mati syahid.Berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah dan dikurniakan anak lelaki yang bernama Ammar ibn Yasir.

Ketabahan Sumayyah dan keluarga kerana taat setianya pada Islam membuatkan mereka tidak gentar menghadapi seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal. Contohnya seperti kaki dan tangan mereka sekeluarga diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik, dicucuk dengan besi panas, ditikam dengan lembing, dicungkil biji mata, dibenamkan ke dalam air dan sebagainya. Segala dugaan yang menimpa Sumayyah sekeluarga dihadapi oleh mereka dengan tabah walupun terpaksa berkorban nyawa kerana bagi merka kehidupan di dunia adalah sementara dan ini semua sebagai tanda kecintaan dan keimanan kepada Allah s.w.t. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat 2).


KESIMPULAN:

“Apabila ditanya kepada Rabiatul Adawiyah tentang syurga, bagaimana hendak menggapai syurga hakiki? Dengan ringkas ia menjawab ‘jiran dulu baru rumah’.[4]

Apa yang dimaksudkan oleh Rabiatul Adawiyah dengan jawapannya ialah dekatkan diri kepada Allah setelah itu baru dapatkan syurgaNYA yang hakiki itu. Jadi bagaimana untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka cari dan cintailah Allah dengan cara solat lima waktu sehari semalam dengan khusyuk, zikrullah, mencintai kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w dan amalan-amalan yang lain yang di redhai Allah s.w.t .


[1] 300 Hadis Bimbingan ke arah mencari redha Allah, Zahazan Mohamed,Ahmad Hasan Mohd.Nazam,m/s20

[2] 300 Hadis Bimbingan ke arah mencari redha Allah, Zahazan Mohamed,Ahmad Hasan Mohd.Nazam,m/s21

[3] Hadith 40(Terjemahan dan Syarahanya), Mustafa ‘Abdul Rahman, Dewan PUstaka Fajar, M/S405-406

[4] Rabi’atul Adawiyah dan Cinta (m.s 102), Abdul Mun’im Qindil

Tuesday, August 10, 2010

ramadhan al mubarak


salam ramadhan buat semua.....,semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada yg sebelumnya. semoga kemudahan dan kesempatan sepanjang bulan ramdhan yg mulia ini sentiasa ada bersama kita hingga ke hujungnya. marilah kita bersama2 berlumba ke arah kebaikan kerna bulan yang mulia ini telah menjanjikan 1001 ganjaran oleh ALLAH swt.

Fadhilat Bulan-Bulan Islam : Ramadhan
» Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Saturday, May 22, 2010

Permata Hati

video
Kemelut yang melanda masyarakat dunia sekarang ini ialah masalah pembuangan bayi yang berleluasa..., salah siapakah yang menyebabkan masalah ini berlaku? Adakah salah anak kecil yang yang tidak mengerti apa-apa, yang belum sempat menghirup udara di dunia ini, tetapi telah diragut dan direntap nyawanya dengan rakus sekali...,siapakah yang punya angkara yang sebenarnya...,sungguh durjana manusia itu kerana ia lebih kejam daripada binatang yang tidak mempunyai akal fikiran..., Subhanallah apalah salah nasib anak kecil itu sehingga diperlakukan seperti itu..., tidak layakkah mereka untuk hidup di dunia ini sehingga diperlakukan sebegitu, ditinggalkan di hutan belukar menjadi makanan binatang buas, dibakar hidup-hidup..., Subhanallah sungguh kejam manusia itu, demi menjaga maruah diri, sehingga sanggup memperlakukan tindakan yang lebih kejam daripada binatang, sebelum melakukan sesuatu hubungan terutamanya yang tidak dihalalkan tidak fikir kesannya, tapi apa yang mereka fikirkan nafsu buas mengalahkan binatang...,subhanallah apa nak jadi dengan umat manusia sekarang ini, kerana mereka lebih jahil daripada masyarakat jahiliah pada zaman sebelum kedatangan islam dahulu. Auzubillahiminzalik semoga dijauhkan dengan perbuatan keji itu.
RENUNG2KANLAH semoga kita dijauhi daripada kemaksiatan dan penzinaan..., sesungguhnya kedua2nya adalah dosa besar.

Thursday, May 20, 2010

MUNAJAT CINTA


Telah lama aku mencari jawapan terhadap "cinta". apakah erti cinta yang sebernarnya? Adakah perasaan cinta hanya lahir kepada dua individu yang berlainan jantina, yakni penyatuan dua jiwa untuk menyatukan jiwa2 yang saling memerlukan satu sama lain. Jika itu jawapannya memang tidak sesekali ku menyesali ku nafikan perasaan cinta yang lahir dalam diri ini.

Memang dulu aku menganggap cinta itu dusta dan palsu, yang boleh merosak dan menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan iaitu kemaksiatan. Oleh itu, aku menafikan kata2 cinta itu kerna bagiku tiada istilah cinta sebelum kawin. Mengapa perlu bercinta sebelum berkawin jika ianya belum pasti akan memiliki jiwa2 tersebut.

Tetapi kini aku mula sedari, mengapa perlu memusuhi perasaan yang lahir suci dari sanubari kerana itu semua fitrah manusia yang mempunyai perasaan kasih dan sayang, saling bertaut antara sama lain ibarat bunga dengan kuntumnya yang apabila terpisah kedua-duanya, hilanglah arah tujuan, layulah ia, hancur musnah segala kekuatan.

Jika itulah ertinya sebuah cinta itu maka, peliharalah ia jangan disakiti perasaan itu, kerna kelak pabila kita gagal memelihara perasaan tersebut sering kali kita akan menyalahkannya, sedangkan kita yang menentukan segala-galanya. Arah mana kita mahu mengemudi bahtera kebahagiaan cinta kita itu terletak pada nahodanya sendiri, jika ke hulu arahnya maka kehulu lah perginya dan begitulah seterusnya. Siapakah nahoda itu maka tepuklah dada tanya batin sendiri?

Tertarik dengan petikan kata2 oleh Dr. HM TUAH yang berbunyi "Manusia normal adalah manusia yang mahu dicintai dan mencintai. Manusia yang tidak inginkan cinta adalah manusia yang mempunyai kecacatan naluri". Perasaan dicintai dan mencintai itu bukan sekadar perasaan yang lahir daripada dua individu yang berbeza jantina tetapi perasaan cinta itu bersifat univesal kerana setiap orang mempunyai cara dan perasaan yang tersendiri. Perasaan ini boleh dilahirkan kepada pencipta seluruh alam ini iaitu ALLAH S.W.T, kepada ibu bapa yang melahir dan mendidik kita, kepada kawan2, guru, alam sekitar, haiwan dan sebagainya. Maka sungguh mustahir bagi kita jika kita mengatakan kita tidak mempunyai sebarang perasaan cinta dan sayang kerana walau bagaimanapun keadaannya kita tetap ingin memiliki sesuatu yang kita cintai.

Kini aku mulai faham apakah erti sebenarnya dua suku kata ini iaitu "cinta". Dan janganlah pula kita salah meletakkan dan melafazkan perkataan cinta itu bukan pada tempatnya kerana jika kita tersalah kelak kita juga yang merana. Serahkanlah erti cinta itu pada yang sepatutnya dan jangan dinodari kesucian cinta tersebut.

Thursday, November 5, 2009

kenangan, tindakan @ fantasi:-)

apa yang membezakan dulu, sekarang dan akan datang?

DULU?
-semuanya hanya tinggal kenangan

SEKARANG?
-siapa kita itulah kita wat masa sekarang
-perlu bekerja keras
-perlu makan dan minum
-semua yang diinginkan perlu dilakukan sekarang. sebabnya kalo dulu mana bleh kita undur masa kita ke belakang sebab yang tinggal hanya kenangan dan impian semata-mata tapi kalo untuk masa akan datang usaha dan tindakan kita sekarang ni la penentunya.
-beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari. maksudnya tidak mungkin kita mampu dan berupaya menggantikan masa yang kita sia-siakan dahulu jika kita tinggalkan sekarang kerna setiap detik dan masa kita sering meninggalkannya, dan untuk akan datang mampukah kita hidup untuk 100tahun lagi atau hanya sesaat sahaja waktu untuk kita di dunia ini.

AKAN DATANG?
-masa yang belum pasti tiba

jadi yang penting ialah kita tahu tujuan hidup kita sekarang dan jadikan masa dahulu sebagai impian yang perlu dicapai, serta sekarang adalah tindakan yang perlu diambil untuk mencapai impian sewaktu ketika dahulu, dan akan datang adalah kerjayaan. apa2 pun semuanya bermula dari sekarang.





















Friday, October 30, 2009

Nikmat Qiamullai di sebalik mimpi yang indah

Sekitar jam 4.30 pagi hinggalah ke subuh hatiku meronta-ronta untuk berkongsi coretan dalam blog ini. Dari saat tersebut sehinggalah aku cuba untuk menitipkan coretan ini minda ku berlegar-legar untuk menyusun kata-kata supaya ruangan ini menjadi indah seindah mimpi yang berlabuh di kala ku terlena sebentar tadi.

Di saat mata telah terpejam rapat, tiba-tiba ku terjaga kerna diundang dengan kehadiran mimpi yang indah. Mimpi yang bisa membuat jiwaku berbunga dan menguntum senyuman di bibir. Tidurku benar-benar terganggu dengan kehadiran mimpi tersebut. Pada mulanya terpikirjua sejauh mana kebenaran mimpi tersebut atau sekadar mainan tidur semata-mata. Tetapi bagiku mungkin indah kerna jarang sekali untuk menadapat mimpi akhir-akhir ini. Dalam asyik melayani mimpi ada jua kekesalan dalam jiwa kerna ku terpikir alangkah indahnya disaat-saat dan waktu-waktu bergini dapat ku mendekati Pencipta yang mencipta petala langit dan bumi dan seluruh isi alam ini.

Disaat kekesalan menapak dijiwa tiba-tiba ku teringat dengan satu “hadis Nabi” yang berbunyi lebih kurang bergini “rukuk dan sujudlah kepada Allah s.w.t pabila kamu terjaga ditengah malam kerna besar fadhilatnya, tetapi jika tidak mampu cukuplah dengan sekadar bangun dan duduk dari tidur dari tempat pembaringanmu untuk memuji-muji, berzikir dan berdoa kepada Allah s.w.t kerana fadhilatnya sama dengan orang yang bangun untuk rukuk dan sujud kepada Allah s.w.t”. setelah itu aku terus bangun dari tidur dan terus memuji-muji, berzikir serta berdoa seketika kerana ku yakin segala apa yang dilakukan ketika itu, ianya paling dekat dengan Allah dan insyaALLAH setiap apa yang kita hajati akan diperkenankan. Kerna tidak semua memiliki kelebihan tersebut melainkan ia benar- benar ingin melakukan kepada Allah. Begitu jua dengan diriku ini sudah sekian lama ku tidak bermunajat kepada sang Pencipta(Allah s.w.t) pada waktu- waktu begini iaitu 2/3 malam di mana saat kita diulik mimpi-mimpi yang indah.
Kuimbas kembali kejadian di suatu petang sebelumnya, ku terjumpa satu poster mengenai “Quamullai Perdana” di masjid Al-Malik USM bermula semalam sehingga pagi ini sedikit sebanyak memberi kekecewaan kepadaku ketika itu kerna tidak dapat turut serta dalam Quamullai tersebut. Walau bagaimanapun seperti apa yang berlaku seperti tadi, aku teringat dengan satu “Hadis Nabi” yang berkaitan dengan niat. Oleh kerana mata tidak juga mahu melabuhkan tirainya, ku mencapai buku “Hadis Ahkam” yang pernah ku pelajari seketika dahulu di zaman sekolah untuk menguatkan hujahku sebentar tadi. Selak punya selak hatiku berbunga girang kerna apa yang ku ingin cari telah ku temui
.


Hadisnya berbunyi begini:
Maksudnya: Dari Abdullah ibnu Abbas r.a dari Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dari Tuhannya Tabaraka wataala berfirman: Bahawasanya Allah s.w.t menulis segala kebajikan dan segala kejahatan, kemudian Nabi s.a.w menjelaskan yang demikian itu, maka barang siapa bercita-cita membuat sesuatu kebajikan tetapi tidak dikerjakannya, nescaya Allah menulis disisinya satu kebajikan yang sempurna, maka ia bercita-cita membuat kebajikan lalu dikerjakannya, nescaya Allah akan menulis disisinya sepuluh kebajikan hingga tujuh ratus kali ganda dan hingga berganda-ganda banyaknya. Dan barang siapa bercita-cita melakukan kejahatan, tetapi tidak dilakukannya, maka Allah menulis disisinya satu kebaikan dan barang siapa bercita-cita membuat kejahatan dan dilakukan kejahatan lalu dilakukan kejahatan itu, maka Allah akan menulis disisinya satu kejahatan.

Pengajaran di sebalik hadis ini ialah setiap perkara itu akan dinilai berdasarkan niat, jika niat tersebut baik maka baik la jadinya tetapi jika jahat maka jahatla jadinya. Niat yang baik insyaALLAH akan dipermudahkan walaupun pada asalnya kita tidak mampu melakukannya. Itulah indahnya dan hebatnya kekuasaan Allah kerna kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku disebaliknya. Tetapi bila diselidiki maka jawapannya pastinya ada walaupun perkara itu pahit di telan sekalipun. Di sebalik mimpi yang indah ini juga, walaupun pada mulanya perasaan yang berbunga bertandang di jiwa tetapi disebaliknya juga terdapat hikmah yang paling indah dan besar nikmatnya berbanding mimpi tersebut. Sebenarnya, buku yang saya ingin rujuk iaitu “ Hadis Ahkam” telah beberapa hari ditinggalkan di atas meja dengan niat untuk menyemak semula untuk sekian kalinya, tetapi masa tidak mengizinkan tetapi dengan berkat mimpi itu jua, tadi saya mula mengkaji semula isi kandungan buku tersebut. Itulah yang dimaksudkan indahnya perancangan Allah s.w.t. Renung-renungkanlah. Semoga Allah s.w.t memberi kemudahan kepada kita semua. AMIN

SALAM TINTA BUAT SEMUA:-)