Saturday, August 29, 2009

Erti hidup

Kadang kala diri ini
Tidak faham
Dengan pecaturan nilai hidup ini
Tapi kadang kala
Kita tak perlu untuk memahaminya
Kerna kita merasakan ianya adalah untuk kita
Tapi pabila sumenya tidak sepatutnya
Berlaku keatas diri ini
Segalanya sering dipertikaikan
Benarlah apa yang telah diungkapkan
Manusia ini susah untuk menyatakan
Rasa syukur
Sering kali kita alpa
Bahawa baik buruk kehidupan itu
Semuanya telah diaturkan
Hal ini kerana
Disaat kita ketawa pasti ada duka yang menanti
Begitu jua disaat kita lara pasti ada manik bahagia yang muncul
Jadi tidak seharusnya kita kecewa atau bimbang kerna semua itu
Tetap akan muncul jua bersilih ganti
Yang membezakannya ialah masa
Lambat atau cepat sesuatu itu, masa yang menentukan
Jadi, jadilah insan yang sentiasa menghargai masa
Kerna setiap saat yang berlalu tidak akan kembali lagi

No comments:

Post a Comment