Thursday, October 29, 2009

Allah Hu Akhbar!!! MAYAT BACA YASIN

"Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..

Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la....tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.... Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru. Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah....

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ..... " sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.

Tuesday, October 27, 2009

Suka duka sepanjang sem 1 pada sidang 2009/2010 hampir kepada penghujungnya. Hampir 17 minggu kita melalui minggu pembelajaran berbagai dugaan dan cabaran yang telah ditempuhi. Jika sebelum ini kita dihujani dengan pelbagai tugasan asigment, pretation, test dan sebagainya, tidak kurang juga dengan aktiviti luar seperti aktiviti desa dan universiti, tetapi sekarang ini kita perlu menghadapi erti peperangan yang sebenar sebagai pelengkap menjadi seorang pelajar. Apa yang dimasudkan ialah peperiksaan akhir yang akan menilai sejauh mana tahap pemahaman kita semasa belajar sebelum ini.

Ambang peperiksaan kian menghampiri setiap individu yang bergelar pelajar, oleh itu manfaatkanlah minggu "study weak" ini dengan sebaiknya supaya kita dapat membuktikan kepada orang lain bahawa kita mampu melakukan. Saya menyeru kepada diri saya dan seluruh penghuni desasiswa fajar harapan, terutamanya yang membaca ruangan blog ini supaya mempersiapkan diri untuk pergi berjuang di medan peperiksaan. Jangan mengalah sebelum berjuang kerana sifat seorang perjuang tidak boleh takut dengan cobaan, halangan mahupun kegagalan. Kerna setiap kegagalan itu akan mematangkan pemikiran.

TIPS2 PEPERIKSAAN:
SEBELUM: - membuat ulang kaji
- menjaga kesihatan
- sediakan slip peperiksaan
- pastikan tarikh, masa, dan tempat untuk peperiksaan dengan betul
SEMASA: - bawa bersama slip peperiksaan dan kad matrik ke dalam dewan peperiksaan
- hadir awal 20 minit sebelum peperiksaan bermula
- pastikan angka giliran dan tempat duduk anda betul
- sebelum membuka kerta peperiksaan mulakan dengan Bismillah dan berdoa
bagi yang muslim.
- ikut arahan pengawas peperiksaan
SELEPAS: - berdoa
- bertawakal kepada ALLAH S.W.T dan yakin bahawa anda telah melakukan
yang terbaik setelah anda berusaha bersungguh-sungguh.
Semoga apa yang kita usahakan akan membuahkan kerjayaan yang cemerlang buat kita semua.
AMIN...,GOOD LUCK FOR EXAM......., :-) GO2 CAYOK2

Tuesday, October 13, 2009


Suka duka sepanjang hari perkampungan 1Siswa 1Malaysia bertempat di kampus induk USM, Pulau Pinang pada 8 hingga 11 okteber 2009 yang lalu. program ini yang julung2 kali dijalankan dan telah menggabungkan beberapa buah IPT dan sekolah2 di seluruh zon utara umumnya dan seluruh Malaysia amnya. banyak aktiviti yang telah dijalankan sempena progaram tersebut seperti persidangan meja bulat antara siswa2 seluruh IPT, "Malaysia big walk" dan sebagainya. kenangan yang paling tidak dapat dilupakan ialah semasa sorakan Cheers 1Malaysia yang sememangnya mendapat perhatian ramai dari semua pihak dan hakikatnya kamilah yang sepatutnya dinobatkan sebagai juara Cheers terbaik tetapi terpaksa mengalah jua akhirnya. walau bagaimanapun kami tetap membawa pulang hamper untuk Banner terbaik. walaupun tewas dengan sorakan tersebut tetapi dihati kami tetap ada "va va va". hidup "va va va" hidup sorakan fajar harapan........., cayaaaa lah:-) sayang semua

iklas dari hati yang suci

Bila hati mula berbicara..., apa lagi yang mampu mulut lafaskan kerna raja segala tindakan bermulanya pada sekeping hati yang suci..., inginku nafikan kehadirannya tetapi semakin ku jauh semakin dekat pula ia menghampiri...., bukan niat untuk menafikan tapi siapa lah diri ini untuk melafaskan rasa cinta yang ada dalam sanubari..., memang berat rasanya tetapi sampai bilakah ia akan berakhir..., hanya pada-MU TUHAN kuserahkan segala yang tersirat dihati ini semoga pertunjuk dan hidayah dari-MU sentiasa ada dalam jiwa ini kerna tanpa-MU perasaan kasih dan sayang ini tidak akan muncul di segenap sudut hati ini..., hanya pada-MU jualah ku memohon dan meminta supaya setiap sesuatu yang dikurniakan oleh MU akan memberiku lebih rasa kesyukuran..., amin:-)

Saturday, August 29, 2009

Erti hidup

Kadang kala diri ini
Tidak faham
Dengan pecaturan nilai hidup ini
Tapi kadang kala
Kita tak perlu untuk memahaminya
Kerna kita merasakan ianya adalah untuk kita
Tapi pabila sumenya tidak sepatutnya
Berlaku keatas diri ini
Segalanya sering dipertikaikan
Benarlah apa yang telah diungkapkan
Manusia ini susah untuk menyatakan
Rasa syukur
Sering kali kita alpa
Bahawa baik buruk kehidupan itu
Semuanya telah diaturkan
Hal ini kerana
Disaat kita ketawa pasti ada duka yang menanti
Begitu jua disaat kita lara pasti ada manik bahagia yang muncul
Jadi tidak seharusnya kita kecewa atau bimbang kerna semua itu
Tetap akan muncul jua bersilih ganti
Yang membezakannya ialah masa
Lambat atau cepat sesuatu itu, masa yang menentukan
Jadi, jadilah insan yang sentiasa menghargai masa
Kerna setiap saat yang berlalu tidak akan kembali lagi

Thursday, August 13, 2009

Hakikat kehidupan

Hidup ibarat kain putih yang masing-masing punya peranan untuk mencorakkannya dengan warna-warna kehidupan. jika warna yang dpilih adalah warna yang baik maka eloklah lakaran pada kain putih tersebut tapi jika sebaliknya maka rosaklah kesucian kain putih tersebut. sekali ia tercemar maka tidak mungkin untuk mendapatkan kembali warna asalnya begitu jua dengan hakikat kehidupan, sekali tersalah membuat percaturan pada kehidupan maka musnahlah segalanya. hal ini kerna sekali kita mencemarkannya maka kesannya akan tetap terus tercalit dan menjadi pengalaman yang pahit bagi dirinya walaupun ianya sudah lama berlalu. jadi pilihlah warna pilihan yang terbaik kerna warna-warna yang kita pilih kelak akan diwarisi oleh kita sendiri.